background

Pages

TIPS & INFO


TIPS PENJAGAAN JUBAH/DRESS ANDA


  1. Elakkan membasuh menggunakan washing mechine / merendam terlalu lama

2. Basuh menggunakan dry clean atau basuhan tangan sahaja.

3. Asingkan pakaian yang berwarna gelap dan pakaian berwarna cerah semasa pembasuhan.

4. Menjemur dan iron pakaian dengan cara menterbalikkan pakaian untuk kesan yang sempurna 

Jom Sama2 kita buat ye,

SELAMAT MENCUBA
^_^

‪#‎Adirmashop‬
‪#‎NursingAndFashionEverywhere‬
‪#‎PenjagaanJubahDress‬
‪#‎ShareInfoAndTips‬

====================================

TIPS AGAR TERHINDAR 
DARI PENIPUAN JUAL BELI ONLINE




Assalamualaikum, 
Haaa topic ini menarik kan?
kadangkala pasti ada juga rasa takut nak beli2 online ni. takut2 nanti kena tipu.
Dah bank in duit tapi barang x dapat2, huhu takuutttt jugak kan :(

Ok, jom kita share apa yang harus di lakukan dahulu sebelum kita terlibat dalam transaksi online, dan agar terhindar dari penipuan dalam talian / online. diantaranya yang boleh kita lakukan yaitu :

1. SKODENG LATAR BELAKANG SELLER
Dalam arti kata kita tengok dulu dengan teliti, sape peniaga ni, nama dia, stay kt mana, ada update2 yg lumayan kerap ke kt wall dia, ataupun contact number dia, juga update2 seller ni berhubung kait dengan customer2 yang membeli produk / penghidmatan dia.

2. SAVE / SIMPAN SEMUA MAKLUMAT SELLER
Dari nama, alamat, contact number dan lain2 yang berhugung dengan seller tersebut. So nanti kalau lah ada apa2 yang terjadi kita boleh carik seller tu dan buat apa yang patut.

3. JANGAN TERTIPU DENGAN HARGA MURAH
Nah, bab ini yang kadang banyak menyebabkan pembeli tertipu, karena terbuai dan percaya dengan harga murah yang di tawarkan seller. Harga yang terlebih murah mengundang kecurigaan dan kena di selidiki dahulu betul2. Pasaran dia harga berapa dan kualiti yang macam mana. Boleh jadi harga yang terlebih murah adalah cara untuk menarik minat calun mangsa penipuan. Nanti dah seronok dapat harga murah tapi barang tak dapat memang aniaya, huhu.

4. COD / TANYA SELLER BOLEH AMBIK BARANG KT MANA
Kita boleh tanya dulu, kalau memang stok ada kt tangan seller agak2 boleh COD barang kt mana.
Kalau dia memang seller yang jujur mesti bagi tau dia stay kt mana. Tapi kadangkala seller tu jika hanya sebangai Dropship dia akan bg tau yang barang kena pos sahaja. Dengan maklumat yang sudah kita dapat rasanya noleh menambah keyakinan kita untuk membeli secara online.

5. PERHATIKAN GELAGAT PENJUAL / SELLER
Peniaga online yang memang berniat menipu ataupun yang memang biasa menipu pastilah ada cara2 dia yang buat kita resah dan rasa macam pelik dengan cara2 dia yang kadangkala nak push / paksa kita untuk segera buat payment kat dia. 

6. IKUTI KATA HATI DAN BERDO'A
Tips yang last nih memang back to heart. Arti kata kita ikut gerak hati kita, kadangkala ada yang alert bab2 ni kan. Kalau ada rasa ragu2 dan tak yakin nak order dari seller tersebut, ataupun maklumat seller macam x ok je. Ada baiknya kita hurungkan niat untuk membeli online dan boleh cari lagi peniaga yang betul2 jujur dan melayani kita dengan baik. In Shaa Allah di sertai do'a juga kita mohon Allah sentiasa lindungi dan hindarkan kita dari sgala bentuk penipuan di alam maya ini. Karena semua sekarang hanya di hujung jari. 

Semoga perkongsian tips ni bermanfaat dan boleh membuat kita semua terhindar dari segala bentuk penipuan dalam hal apapun, terutama di alam maya yang dah sangat canggih ini, In Shaa Allah ^_^


PENIAGA ONLINE YANG JUJUR DAN AMANAH :


*************************************************************************

TIPS PENJAGAAN PAKAIAN!


Biasanya kita selalu ambil mudah basuh pakaian kan?
Jom mai baca kejap tips ni ,mungkin membantu masalah anda! Hehehe ^_^

- Kalau baju tertepek gula-gula getah
Yelah , kadang anak bertuah , makan gula getah tetepek sana sini , dan tu la terkena pakaian kita kan? Cuba letak baju korang dalam peti sejuk, biarkan lama sikit dalam 2 ke 3 jam, kemudian basuh seperti biasa!

-Terkena dakwat
Ni mesti selalu kan terkena dakwat pen pada baju? Lagi-lagi bila terlupa tutup pen, anak pulak pantang tengok pen pensel, mencoteng je kejenye kan? Boleh cuba ini, caranya bancuh susu dengan air sampai pekat dan likat, kemudian celup dan rendamkan pakaian anda 20 hingga 30 minit dan bilas .

SELAMAT MENCUBA, Kalau ada yang dah berhasil boleh sama2 kongsikan tips ini ya . semoga bermanfaat ^_^

 ========================================


 TIPS DAN AMALAN MURAH REZEKI



Apa itu MAGNET REZEKI ??

-->> Cuba AMALKAN ini SETIAP HARI :

1. Mandi air garam 21 hari

2. Derma / SEDEKAH (bukan pada manusia sahaja, tapi pada haiwan, pada semua makhluk Allah)

3. ISTIGHFAR 100 kali 

4. SHOLAWAT 1000 kali

5. Positif di awal pagi

6. YAKIN dengan rezeki Allah.

Allah akan bagi apa yang kita minta. Apa yang kita fikir adalah DO'A

7. Jangan takut korbankan sesuatu yang besar untuk dapatkan sesuatu yang LUAR BIASA!

8. Jaga hubungan suami isteri dan kedua orang tua. Cuba selesaikan apa jua masalah. 


PERLU DIINGAT!!!

" APA YANG KITA UCAP, APA YANG KITA FIKIR, APA YANG KIYA BAYANGKAN, SEMUANYA ADALAH DO'A" !

"SENTIASA BUAT YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA SENDIRI DAN JUGA BUAT ORANG2 YANG KITA SAYANG !"

" JAGA SUJUD, JAGA SHOLAT, JAGA SYUKUR, JADIKAN ALLAH NOMBOR 1, DAHULUKAN ALLAH, JAGA ALLAH SENTIASA JADI YANG PERTAMA DALAM HIDUP KITA, MAKA ALLAH PUN AKAN SENTIASA JAGA DAN DAHULUKAN KITA, IN SHAA ALLAH"

==========================================================


LANGKAH JITU BUAT IKLAN DALAM FACEBOOK !





Haiiii Assalamualaikum, para Jutawan2 smua...
.
.
Just nk sharing n info
Sape kawan2 kt sini yang ada FB page atau meniaga guna FB Page?
.
JUALAN TAK OK?
IKLAN2 TAPI SALE MACAM KURENG OR TAK MASYUK JE 😂

.
Nak buat FBads x tau cara! Nanti kang dah bayar2 fb ads membazir tapi sale x masyuk jugak!💆🏼
 .
Nah. Saya kan ada satu video FB ads yang blh ajar n guide cara yang betul nak buat FB ads. Yg boleh buatkan kita faham dan tahu nk letakkan target utk iklan kita dll. 
 .
Smua ada 11 step dlm video tu termasuk kata2 motivasi & cara2 tersembunyi nak closing dengan sape2 pun bakal customer kita. Cara2 follow up yg betul dll.👍👍
In Shaa Allah bila kita betul2 follow cara yg di ajar Sifu saya dlm video ni, mesti tau dah cara2 nk buat fb ads yg betul dan jitu👍💪
.
Ok, mcm ni. Sape2 yg minat nak tau cara dan juga nak dapatkan video ni boleh teurs whatsapp Yanti ya. Saya nak bg offer utk orang2 yang FAST ACTION sahaja. Sangat2 berbaloi dan tak perlu nak susah2 & kuar duit yg banyak utk ikut seminar2 FB ads dll. Apalagi buat yg susah nak kuar2 kan. Kita tgk video je dan online. 
 .
MESTI BOLEH BUAT In Shaa Allah 💪💪
.
.
# WASAP 01115433879‬

********************************************************************

BAJU NURSING MUSLIMAH MEMANG TERBAIK !




Baju Nursing muslimah sekarang memang dah cukup popular di kalangan ibu2 yang masih menyusukan baby/anak. Tapi kan, para ibu2 nursing ni jugak pastinya pening jugak nak memilih baju2 yang patuh syariah dan semestinya selesa di pakai.  

Dan yang selalu bermain di fikirannya adalah bagaimana nak nampak cantik dan bergaya, tetapi dalam masa yang sama tidak menganggu proses penyusuan bayi terutama semasa berada di luar rumah. Jalan terbaik adalah dengan memilih baju menyusu Muslimah yang sesuai untuk anda nursing walau di manapun berada.

Kita semuapun tahu bahwa menyusukan bayi/anak dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak menerusi sentuhan kulit serta pandangan mata ketika sedang menyusu. Ini secara tidak langsung akan membentuk kasih sayang yang berpanjangan.

Adanya baju nursing di pasaran sekarang ni memang sangat membantu dan menyelesaikan masalah ibu yang nak menyusukan bayi/anak di luar rumah.

Akan tetapi ibu haruslah bijak dalam memilih baju nursing yang sesuai dan semestinya selesa di pakai ketika proses menyusukan baby/anak.

Antara panduan yang boleh anda ikuti adalah:

1. Labuh dan longgar
Untuk memudahkan ibu menyusukan bayi, disarankan untuk memilih baju nursing Muslimah yang labuh dan longgar, yang tidak mengikut susuk tubuh badan. Seperti kita sedia maklum, menyusu di khalayak ramai mungkin memberikan sedikit ketidakselesaan kepada ibu.

2. Baju mempunyai zip ataupun butang di hadapan
Baju nursing yang mempunyai zip/butang pada bahagian hadapan juga memudahkan ibu menyusu. Selalunya pelapik dalam dijahit terus dengan baju dan boleh diselak dengan mudah apabila hendak menyusu samada di sebelah kiri atau pun sebelah kanan.
Menariknya kreativiti pereka kebanyakan baju menyusu sekarang baju menyusu muslimah tersebut direka lebih moden supaya tidak nampak seperti baju menyusu.
Malah ada juga baju menyusu muslimah yang menggunakan zip sorok di bahagian hadapan. Oleh itu,ketika anda mahu menyusu,anda cuma perlu menarik sahaja zip ke bawah dan sesuai dipakai dengan tudung labuh. Diingatkan pemilihan bukaan menyusu bergantung kepada anda untuk keselesaan menyusu dan juga untuk mengepam susu dengan selesa ketika berada di tempat kerja dan sebagainya.

3. Baju yang menyerap peluh
Dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap peluh akan mengalir cepat. Kadangkala ibu menyusu akan berpeluh ketika menyusukan bayi. Rekabentuk baju menyusu Muslimah yang baik adalah rekaan yang mementingkan keselesaan ibu menyusu dengan kain yang sejuk dan tidak panas ketika dipakai.
Dalam erti kata lain, baju menyusu yang menyerap peluh. Jadi, baju nursing Muslimah yang diperbuat daripada fabrik kapas(cotton) membantu menjadikan ibu lebih selesa ketika sedang menyusu bayi.

4. Fabrik tidak jarang
Seharusnya baju nursing Muslimah haruslah menggunakan material yang tidak jarang dan sejuk. Sebelum anda membeli,pastikan anda mengetahui jenis material dan fabrik yang digunakan. Ini bagi mengelak si ibu terpaksa memakai alas baju sekaligus memberikan rasa kurang selesa kepada anda.

5. Pakai tudung labuh
Bagi ibu menyusu pemakaian tudung yang labuh akan memberi kelebihan kepada ibu kerana anda dapat menyusukan bayi dalam keadaan yang agak tertutup. Pemilihan baju, rekabentuk dan warna adalah penting dalam mengekalkan imej ibu supaya selalu kelihatan anggun.
Walaupun sudah mempunyai anak para ibu masih tetap kelihatan bergaya dalam rekaan baju menyusu Muslimah. Belilah baju menyusu Muslimah yang sesuai dengan diri anda supaya anda dan bayi anda berasa lebih selesa.

Nota Kaki : boleh SHARE artikel ini dengan kawan-kawan ya. Semoga bermanfaat.




Tags : Baju nursing, muslimah nursing, baju muslimah, baju menyusu


0 comments:

Post a Comment